CHELSEA JUARA PIALA FA 2012 (VIDEO GOL) | Salam sejahtera semua.chelsea muncul sebagai juara selepas menumpaskan lawannya liverpool 2-1 dalam persaingan final piala FA 2012 ENGLAD awal pagi tadi dan ini sekali gus memberikan semangat baru buat pasukan chelsea untuk memburu gelaran liga juara-juara akan datang.
Liverpool yang gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali lagi terlepas peluang untuk menambah gelaran.Februari lalu, Liverpool memenangi Piala Carling selepas menewaskan Cardiff City menerusi penentuan penalti.