TORONTO - Seorang lelaki yang menjalani pembedahan penukaran jantina, Jenna Talackova gagal memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di sini kelmarin.
Talackova, 23, bertanding bersama 61 peserta wanita.
Namun, dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta akhir dalam pertandingan itu.
Talackova merupakan seorang daripada empat peserta yang dinamakan sebagai Ratu Cantik Congeniality.
Semasa dia memperagakan bikini di atas pentas, para penonton memberikan sorakan kepadanya.