News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Rakan merogol Kawanya sendiri

Rakan merogol Kawanya sendiri

Penulis : Unknown on Sunday, 29 April 2012 | 19:30


Malang bagi seorang pelajar perempuan, tindakannya berpatah balik ke kelas bagi mengambil bukunya yang tertinggal mengundang padah apabila dirogol rakan sekelasnya, Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol rakannya di dalam kelas di salah sebuah sekolah di daerah ini, kira-kira jam 1.45 petang.

Menurut sumber, ketika kejadian, empat suspek yang sebelum itu dipercayai menyorok sebaik menyedari kehadiran mangsa, kemudiannya keluar ketika mangsa sedang mengambil bukunya.

Mangsa mendakwa, seorang daripada suspek telah merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi hanya memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya itu.

“Sejurus kejadian itu, mangsa telah ke rumah ibu saudaranya dan berubah menjadi pendiam selepas kejadian itu. Dia juga kelihatan takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki selepas peristiwa hitam itu.

“Keluarganya hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu setelah dihubungi pihak sekolah dan dia kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga. Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin, kira-kira jam 2.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi di sini semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Tiga daripada empat suspek telah ditangkap awal pagi semalam dan direman selama tujuh hari bermula semalam.Kes disiasat di bawah Seksyen 376/354 Kanun Keseksaan
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger