News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » Man City vs Malaysia 30th Julai

Man City vs Malaysia 30th Julai

Penulis : Unknown on Wednesday, 25 April 2012 | 21:07


Selepas Arsenal, semalam giliran Manchester City mengesahkan kedatangan mereka ke negara ini.
City yang kali pertama hadir ke nagara ini dijadualkan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai depan.
“Kami memilih Malaysia memandangkan negara ini memiliki ramai peminat-peminat bola sepak Liga Perdana England.
“Kelab England seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea menerima sambutan meriah dan hangat daripada peminat di Malaysia.
“Oleh itu, kami juga mahu mengikuti jejak langkah mereka dengan membuka satu pusat penyokong City di sini sebagai langkah untuk mendekati penyokong-penyokong City diMalaysia.
“Sudah tentu kami begitu teruja untuk bertemu dengan skuad kebangsaan Malaysiamenjelang perlawanan persahabatan pada Julai nanti,” kata Ketua Pegawai Jenama Komersial City, Ian Cafferky pada sidang akhbar pengumuman kedatangan City keMalaysia di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.
Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM), Datuk Seri Subahan Kamal serta Pengarah Urusan ProEvents Sdn. Bhd., San Boon Wah.
Bagi Rajagobal pula, aksi menentang barisan bintang City kendalian pengurus, Roberto Mancini nanti mampu memberikan pengalaman berharga kepada anak-anak buahnya sebelum menghadapi kempen Piala Suzuki AFF, November depan.
“Kita harus mengambil kesempatan yang diberikan apabila mendapat peluang untuk beraksi pada perlawanan sehebat ini.
“Sudah tentu perlawanan menentang City merupakan pertemuan paling hebat bagi kami yang mana saya yakin suasana pertembungan kedua-dua pasukan pasti hangat.
“Justeru, kami mahu mengambil kesempatan ini dengan merebut peluang yang terbaik apabila menentang salah satu pasukan gergasi England,” kata Rajagobal.
Terdahulu, Arsenal telah mengesahkan kedatangan mereka ke negara ini dan dijadualkan menentang skuad Harimau Malaya pada 24 Julai depan.
Sourece:wowberita
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger