Pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain Taiwan Shon Wan Ho yang berada di no 17 dunia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Super Series Terbuka India sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei yang mara ke final selepas menewaskan dipaksa beraksi 3 set oleh pemain Taiwan itu, yang menyaksi beliau tewas di set pertama 21-18.
Bagaimanapun, seperti mendapat momentum permainan, Datuk Lee Chong Wei bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-14 di set kedua.
Namun, di set ketiga, pemain muda Taiwan itu menunjukkan semangat untuk melawan dan memaksa Datuk Lee Chong Wei melakukan beberapa kesilapan untuk menewaskan pemain nombor satu dunia itu dengan 21-19.
Kekalahan ini sekaligus melenyapkan impian Chong Wei untuk mempertahan gelaran perseorangan lelaki yang dimenanginya pada edisi yang lalu di kejohanan yang sama.
Kejohanan Badminton Terbuka India merupakan kejohanan besar yang pertama disertai oleh Datuk Lee Chong Wei selepas mengalami kecederaan bahu ketika beraksi di Final All England yang lalu.
Ini merupakan kejohanan pertama saya selepas kembali dari kecederaan di All England. Jadi, tidak mengapa. Shon bermain dengan amat baik,katanya.
Beliau berkata, tumpuan beliau kini adalah sukan olimpik dan mempunyai tiga bulan lagi untuk berlatih.
Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, pasangan dari Thailand menewaskan pasangan nombor 2 dunia dari Korea iaitu Sung Hyun Ko/Yoo Yeon Seong 21-17,14-21,21-14 dalam masa 53 minit.
Beregu wanita pula, menyaksikan Jung Kyun Eun-Kim Ha Na menewaskan pasangan beregu China Bao Yixin-Zhong Qianxin 21-17, 21-18.
Manakala penyandang juara beregu campuran dari Indonesia’s Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir menewaskan pasangan dari Thailand Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 21-16, 12-21, 21-14.
Dalam acara perseorangan wanita pemain China Li Xuerai menewaskan wakil Jerman Juliane Schenk 14-21, 21-17, 21-9
Sumber: Portalsukan
home

Home