News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » » Gambar Artis Popular Meriahkan Pesta Air Langkawi 2012

Gambar Artis Popular Meriahkan Pesta Air Langkawi 2012

Penulis : Unknown on Friday, 13 April 2012 | 07:43

Berita baik untuk penduduk Pulau Langkawi, sempena Pesta Air Langkawi 2012, barisan artis popular akan mengadakan persembahan selama dua hari bermula malam ini dan esok, Sabtu.

Pesta Air Langkawi 2012 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit pada malam ini.  

Persembahan pada malam ini akan dimeriahkan dengan penampilan artis popular seperti Zamani Slam, Ifa Raziah, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees. Manakala pada Sabtu pula, pengunjung pesta akan dihiburkan dengan nyanyian Aris Ariwatan, Ito, Ifa Raziah dan Lan Typewriter.

Selain persembahan nyanyian, pelbagai aktiviti air seperti bola tampar pantai, kayak dan pertandingan karaoke diadakan di sekitar tapak pesta yang bertempat di Pantai Cenang.



Tags: pesta air langkawi 2012, artis, melayu, langkawi 2012, gambar, video
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger