“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela
Source: pilihan anda