Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia already made a official announcement about the “Borang Bantuan RM500” which previously announced to be available onwards 1st December 2011. The availability date already been postponed to 1oth December 2011 currently.
There’s some FAQ which might be helpful for our dear Malaysians on “PermohonanBorang Bantuan RM500“. Refer FAQ below in Malay language:-
Syarat Kelayakan Bantuan RM500
- Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
- Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
- Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
- Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,
Tarikh Pendaftaran Dan Permohonan Untuk Borang Bantuan Rm500
Permohonan Bantuan RM500 dan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.
Dimanakah Borang Bantuan RM500 Boleh Didapati
Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai tarikhtersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
Prosedur Permohonan Borang Bantuan RM500
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk prosespendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN.
Tarikh Pembayaran Bantuan RM500
Pembayaran Bantuan Rm500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012