Kerajaan bersetuju mengurangkan harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Julai sebanyak 20 sen seliter yang akan berkuatkuasa mulai esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pengurangan itu adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan Jun lalu telah menurun.
“Kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga petrol tersebut sebanyak 10 sen seliter iaitu kepada RM2.80 seliter pada 7 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, harga tersebut pada dasarnya ditetapkan secara apungan iaitu harga bulanan akan diubah mengikut pasaran.