Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk dan perkhidmatan mulai September ini.
Bagaimanapun, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan berkenaan.
Kemudahan KDS1M adalah hasil persetujuan 51 syarikat termasuk 37 pelbagai syarikat terkemuka dan 14 koperasi yang menyatakan persetujuan untuk memberikan diskaun kepada pelajar.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, pihaknya akan mengedarkan kad berkenaan melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September ini.sumber