Jerebu ini berpunca daripada kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir di Sumatera Timur. Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106). IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar rumah kerana kualiti udara buat masa ini agak merbahaya kepada kesihatan.
Sumber: melvister