News Update :
Kreviewed Article»
Bagikan kepada teman!
Home » , » MMU 2012 intake online application with ptptn loan

MMU 2012 intake online application with ptptn loan

Penulis : Unknown on Wednesday, 28 March 2012 | 01:43

Perhatian!! 

Pemohon hendaklah memohon pembiyaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui laman Web Permohonan pembiayaan Online di laman web www.ptptn.gov.my. Laman web ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 dan ke atas. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30hb March 2012. 

Pemohon perlu membeli No. Pin bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN. 
No PIN hanya sah enam (6) bulan selepas tarikh daftar permohonan (pendaftaran kali pertama). 

Bermula dari 1 January 2012, semua pemohon pembiayaan PTPTN diwajibkan membuka akaun SSPN. Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral dan semua cawangan ejen PTPTN di seluruh Negara. (Disarankan membuka akaun SSPN di mana-mana cawangan Maybank bagi memudahkan pembukaan akaun). Maklumat lanjut mengenai pembukaan akaun SSPN sila layari laman web www.ptptn.gov.my atau emel simpanan@ptptn.gov.my. 

Pemohon juga perlu mempunyai akaun individu CIMB. 

*PENTING 
“Tarikh mula pengajian – Tarikh pendaftaran seperti yang tertera didalam surat tawaran MMU. Kesilapan mengisi tarikh mula pengajian boleh mengakibatkan permohonan anda boleh ditolak. 

Tarikh mula pengajian bagi pelajar Foundation ke Beta dan Diploma ke Beta seperti berikut: 


Pelajar Foundation ke Beta: 12 March 2012 
Pelajar Diploma Ke Beta: 9 March 2012 

Bagi pelajar Foundation tahap pengajian sila pilih Integrasi. Pemilihan nama kursus juga perlu betul. Sekiranya terdapat kesilapan didalam memilih nama kursus, permohonan anda juga boleh ditolak. 

Bagi pelajar yang telah tamat Foundation dan juga Diploma, perlu mengisi borang penangguhan bayaran. Borang seperti dilampiran. Borang yang lengkap perlu dihantar terus ke PTPTN.
Share this article :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Kreviewed.com . All Rights Reserved.
Design Template by Kreviewed.com | Support by creating website | Powered by Blogger